Tuesday, October 22, 2013

La Mangga...klon yang cepat berbuah, hasil yang banyak, mempunyai isi yang menarik dan boleh dipelbagai guna samada untuk dimakan secara segar atau diproses.



Nama Saintifik: Mangifera indica Linn.
Nama Biasa: Mangga atau mempelam
Famili : Anacardiaceae


Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
·         Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
·         Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.

Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab Veda Hindu. Nama buah ini datangnya daripada perkataan Malayalam, maanga dan dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'. 

Sumber dari : Wikipedia









KHASIAT MANGGA 
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa.


Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73 kalper 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang, terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi gula dalam proses pematangan. Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini didominasi oleh golongan sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas.



Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain. Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser.








_________________________________________________________________





_____________________________________________________________________


Pautan rujukan mengenai Mangga/Mempelam :-


PANDUAN MENANAM MANGGA... klik dari sini

SENARAI SEMAKAN TANAMAN MANGGA...Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

PAKEJ TEKNOLOGI MANGGA...pdf  download

TIP PENJAGAAN POKOK MANGGA...sila klik sini


PEROSAK MANGGA


PELBAGAI JENIS KLON MANGGA DI MALAYSIA








Click image....





MANGONADAA mangonada is like an ice drink, you can drink it with a straw but it can also be eaten with a spoon. The drink has two main ingredients, mangoes and chamoy sauce, which is a sweet and spicy sauce made from apricots and chillies.  






*******************************************************************************


No comments:

Post a Comment